Monday, 3 March 2014

matahari dan bulan,
melengkapi antara satu sama lain,
tanpa cahaya matahari,
adakah bulan kelihatan cantik,
dan tanpa bulan,
adakah matahari boleh terus memancarkaan cahayanya,
walaupun malam datang bertandang,

malam dan siang,
kejadian agung ciptaan Maha Pencipta,
siang berganti malam,
malam berganti siang,
siang ditemani sang mentari,
malam diiringi sang seri bulan,
menjadikan segalanya terlalu indah,
tak pernah puas untuk dinikmati,
tak pernah cukup untuk dihayati,

kebahagian dan penderitaan,
adalah antara senyuman dan tangisan,
kadang kala mengukir senyuman,
dan, kadang kala, meniggalkan tangisan,
ukiran senyuman adalah syurga buatku,
dan sisa tangisan adalah neraka untukku.

suratan kehidupan tercatat buatnya,
dalam Qada dan Qadar hendakNya,
impikan kebahagiaan adalah mahunya,
jauhkan penderitaan juga pintanya,
senyuman indah terukir di bibir,
tangisan gembira terus mengalir,
airmata derita tak lagi mampir,
kerana segalanya adalah suratan takdir.

No comments:

Post a Comment